Salam Developers,

Ini adalah hantaran rasmi pertama daripada newsletter BelajarWebDev. Jika anda menerima e-mel ini, anda adalah sebahagian daripada kelompok terawal yang menyaksikan evolusi sebuah startup digital yang dibina dari kosong.

BelajarWebDev bermula dengan satu visi yang sangat ringkas, iaitu bagaimana jika kita boleh membina produk digital bertaraf dunia menggunakan kuasa AI, secara mudah alih, dan dengan kos operasi yang sangat rendah.

Hari ini, konsep Vibecoding bukan lagi sekadar eksperimen, malah ia adalah cara baharu untuk kita mengeksekusi idea dengan pantas tanpa perlu tersekat dengan kod yang rumit.

Di dalam newsletter ini, saya tidak akan menghantar e-mel yang sarat dengan teori membosankan. Setiap edisi akan membawakan log kemajuan dan Master Plan secara telus supaya anda dapat melihat bagaimana saya memacu projek ini langkah demi langkah, dari fasa komuniti kecil sehingga penjenamaan korporat yang lebih besar.

Selain itu, anda akan mendapat strategi serta taktik Vibecoding secara eksklusif dan cara memanfaatkan alatan AI secara maksimum. Anda juga akan menjadi orang pertama yang mendapat akses awal apabila modul atau komponen kod eksklusif dilancarkan di platform kami kelak.

Platform BelajarWebDev Hub atau The Flow Zone kini beroperasi 100% percuma dan bebas iklan. Saya telah membuang semua gangguan komersial supaya anda boleh fokus kepada ruang kerja anda dengan lancar. Jika anda belum mencubanya, layari pautan rasmi kami terus melalui bio Instagram untuk mula merasai pengalaman ekosistem masa hadapan.

Terima kasih kerana percaya kepada potensi ini, kerana perjalanan menuju sebuah ekosistem yang mutlak baru sahaja bermula.

"Unlimited Potential, Ultimate Ecosystem"
Team, BelajarWebDev.

Keep reading